Wednesday, July 30, 2008

:: Andai Masih Ada Ruang Itu -Bab 2 ::

Lamunanku terhenti lagi apabila terdengar sayup-sayup namaku dipanggil.Dari jauh sudah terlihat kelibat ibu menuju kearahku.Sudah seminggu aku pulang ke kampung.Mungkin lebih tepat aku balik hanya mencari ketenangan diri.Aku sedar…aku tidak patut lari dari kenyataan.Mungkin aku perlu mencari secebis ruang untuk bersendirian tanpa gangguan sesiapa terutama Rizal.




“ Ishh…buat apa termenung jauh ni ngah….teringatkan buah hati ke?Usik ibuku sambil mengambil tempat duduk di sebelahku.

“ Mana ada ibu… Ala, lagi pun termenung itu percuma.Angah saja tengok-tengok kebun ibu ni.Banyaknya ibu tanam pucuk ubi.” Kataku sambil memerhati sekeliling kawasan kebun milik ibu.Ibuku memang suka bercucuk tanam.Segala jenis ulam-ulaman ada ditanam.Terasa damai jiwaku berada disini.

“ Ibu nak tanya sesuatu, bolehkan? Kamu dah ada teman istimewa ke ngah?Soal ibuku tiba-tiba.

“ Ishh…ibu, angah belum ada pengganti dia ibu. Lagi pun angah sibuk kat ofis, mana sempat nak dating-dating bu…” Kataku sambil menguis-nguis ulat bulu yang tiba-tiba jatuh dipangkin tempat aku duduk bersama ibu.

“ Hmm….kalau macam tu, kamu terima sajalah lamaran Badrul tu ngah…Lama dah dia tunggu jawapan dari kamu.Dia pun ibu tengok baik budaknya.Hormat orang tua.Lagipun ibu tengok dia betul-betul sukakan kamu.Kamu akan bahagia bersamanya, percayalah cakap ibu.” Kata ibu sambil mengusap-usap bahuku.Ku pandang wajah ibu penuh pengharapan.Wajah tua itu makin risau bila membicarakan soal masa depan anaknya.

“ Angah nak balik UK bu, nak sambung belajar, angah nak ambil master.” Ucapku tiba-tiba.

“ Angah….janganlah tinggalkan ibu lagi,kamu nak sambung belajar, ambil sajalah disini.Ibu dah tak sanggup nak berpisah dengan anak-anak.”

“ Ibu, angah nak sambung belajar cuma tiga tahun aje bu…pasal badrul tu, ibu katakanlah padanya angah setuju aje, tapi dengan satu syarat…benarkan angah sambung belajar.Kalau Badrul setuju, kita langsungkan hujung tahun ni.”

“ Betulkah apa yang ibu dengar ni ngah?kalau begitu nanti ibu bagitau Badrul.Tentu dia gembira dengar berita ni.Ibu percaya Badrul mampu membahagiakan kamu.Alhamdullillah…akhirnya lembut juga hati kamu ngah…” Maha suci Allah, terlihat sinar kebahagiaan diwajah tua itu disaat menerima keputusan aku sebentar tadi.

“ Insyaallah ibu, itu jualah yang angah harap-harapkan.” Ucapku sambul menguncup jari kanan ibu.Mungkin inilah keputusan yang ditunggu-tunggu oleh ibu.Setelah beberapa kali aku membuat sembahyang istikharah, akhirnya aku membuat keputusan menerima Badrul menjadi suamiku.


Setiba saja aku dirumah, aku menerima panggilan telefon dari Badrul. Di hujung talian kedengaran suaranya begitu ceria.Sementelah Badrul memang mempunyai sifat ceria sejak aku mengenalinya, ia…sejak dari sekolah menengah.

“ Bad baru aje telefon mak iza dikampung…rupa-rupanya iza cuti panjang ye?Bad dah tau keputusan Iza, Bad gembira sekali.Kita jumpa malam ni boleh tak?

“ Hmm…iza baru je sampai KL.Bad nak jumpa iza kat mana?”

“ Bad jemput iza malam ni, kita makan kat restoran Cerana.Tepat pukul 8 malam ye…Pakai cantik-cantik tau.Bye …” Klik! Sempat pulak Badrul berjenaka.Hmm….Badrul, Badrul…bisikku dalam hati.

Seusai saja solat maghrib, aku segera berdandan rapi sambil diperhatikan kakak sulungku, kak Aulia.

Cantik ke kak baju ni?” Soal ku sambil berpusing-pusing dihadapan kakak kesayanganku itu. Dia hanya mampu tersenyum melihat telatahku yang seperti cacing kepanasan.

“ Cantik dah tu Za….Cuma adik kakak ni kurus sangat…nanti makan lebih sikit ye, biar berisi sikit badan tu, ni tak…kurus je akak tengok.Takut-takut si Badrul tu tak berselera pulak tengok awak tu kurus melidi.

“Alah akak ni…kesitu pulak dia…Orang bukan tak makan langsung.Nak buat macam mana, dah badan orang macam ni.” Rungutku sambil melihat kak Aulia ligat mengenakan ku malam ini.

“ Dah la tu…hah, si Badrul pun dah sampai…nanti kamu bincanglah dengan dia.Bincang elok-elok.Kita nak buat majlis kahwin, bukan nak buat majlis hari lahir. Lagi satu jangan balik lewat sangat, nanti apa pula kata abg Samsul. ” sempat pulak kak Lia berceramah.Dia orang ketiga mengetahui berita gembiraku itu daripada ibu.

“ Hmm…okey Boss!!” Kataku sambil membuat tabik hormat. Ketawa kami berderai serentak.

Malam itu kami pulang agak lewat.Nasib baik aku ada membawa kunci pendua, Sementara aku hanya menumpang di rumah kakak sejak lima bulan yang lalu.Kak Lia begitu beriya-iya mengajakku duduk bersamanya setelah dua rakanku bertukar tempat kerja.Aku sebolehnya tidak mahu menyusahkan kak Lia sekeluarga.Sesampai saja dirumah, kak Lia, abg Samsul & anak mereka Amirul sudahpun tidur.

Selesai saja aku membersihkan badan aku segera menunaikan solat Isyak.Seusai solat aku menadah tangan memohon kehadral Ilahi agar perjalanan hidupku dipermudahkan selain memohon kesejahteraan kedua ibu bapaku serta semua ahli keluarga yang lain.

Setelah menjalankan tanggungjawabku pada tuhan, aku berkira-kira mahu segera melelapkan mata.Namun pertemuanku tadi bermain-main difikiran.

Kata putus telah dibuat.Aku & Badrul akan melangsungkan pernikahan pada hujung tahun. Ini bermakna hanya tinggal 6 bulan saja lagi untuk aku membuat segala persiapan menjelang hari bahagia kami.

Atas persetujuan bersama kami telah sepakat akan melanjutkan pelajaran setelah semua urusan selesai.

Ya Allah…kau telah tetapkan hati ku…kau telah gerakkan hatiku menerima Badrul menjadi suamiku.Kau lenyapkanlah perasaan ku terhadap Rizal.Mungkin telah tertulis di loh mahfus kami tiada jodoh untuk hidup bersama.Oh tuhan…kau permudahkanlah perjalanan hidupku, semoga ada sinar kebahagian menanti kelak, Amin.Doaku dalam hati dengan diiringi titisan air mata membasahi pipi.



2 comments:

MrPayid said...

ibu, dia tipu ibu..dia ckp takde konon..padahal dia dah jatuh hati ngan mamat nogori jgk ibu..dia malu2 nak mengiakananya sbb dia masih menanti...menanti sebuah kepastian yang masih belum kunjung tiba...menanti mr right menaiki kuda smbil memikul seguni durian untuk dihantar kerumahnya..huak3

notty_gurl said...

aduh payid...pandai2 je ko nie payid...adoii...kelakar lah payid neh...tolonglah....

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com