Tuesday, July 8, 2008

:: Andai Masih Ada Ruang Itu - Bab 1 ::


Aku menoleh seketika apabila hp ku berdering minta diangkat.terpapar di skrin hp nama si pemangil. "Rizal"….Hmmm…ada apa lg agaknya Rizal ni mahu.Sihatkah dia? Aku termenung dan bermonolog sendirian.bila aku sedar deringannya telahpun berhenti.

Aku ambil hp ku itu lalu ku berkira-kira mahu menghantar SMS saje padanya.Sebaris ayat aku hantar kepadanya.

Salam Rizal, Ada hal ape Zal call I tadi?

Seketika kemudian hp aku kembali berdering.Pantas tu tekan butang on.

"Assalamualaikum Iza, maaf Zal mengganggu.I need to see you.please Za? Ada hal penting…tolong I kali ni Za…." Lemah suara Rizal di hujung talian.

"Mengapa dengan you Zal? You tak sihat ke? I dengar suara you lemah jer?"

"You begitu memahami I Za….dari jauh you dah tau macam mana keadaan I sekarang.Hmm…memang I tak berapa sihat …,jiwa I lagi dah parah.Fikiran I berkecamuk ….,please Za…kita jumpa ye, banyak hal I nak cerita dekat you.And I miss u so much…very much Za…please…” tutur kata Rizal penuh pengharapan., simpati aku membuak-buak tika itu.

Stop Zal…You dah kahwin, ingat tu.I bukan milik you lagi Zal…hmm kalau you nk jumpa I, you datang kat Tasik Permaisuri, tempat biasa kita lepak.Lepas kita sembang-sembang, kita minum kat kedai depan Maybank Jalan Sri Permaisuri tu ye?"

"Thanks Iza…pukul 5.30 petang I tunggu you dekat sana ok?"

"Orite…Maaf la kalau Iza lambat yer."

"Tak pe…I tunggu je sampai you tiba." Klik!!

Hmmm…..apa dah jadi dengan Rizal.kenapa dia macam banyak sangat masalah.Tiba-tiba kenangan manis tika aku bersamanya bermain-main dibenak fikiran ku.Arghh…Rizal…Rizal…bagaimana harus aku melupakan mu Zal.Kau cinta pertamaku.Kau yang mengajar aku apa ertinya cinta tapi kau jualah yang memusnahkan segala kepercayaanku.Kini kau telah bahagia bersamanya.Kau sudah mengambil dia sebagai suri hidupmu, tapi mengapa kau harus lagi menghubungi aku.Mengapa Zal? Puas sudah aku tangisi perpisahan ini.Sampai hati kau Zal, menduakan aku dalam diam.Tiba-tiba pipiku terasa panas kerana dibasahi oleh airmataku sendiri.

Hatiku serasa tidak tenteram setelah mendengar permintaannya.Rasa bersalah kerana petang nanti aku akan bertemu suami orang dan dialah bekas kekasihku.Seharian firiranku tergangu. Tiada lagi tumpuan pada kerjaku hari ini.apakah yg akan terjadi petang nanti?bolehkan aku mengawal emosi? Dan paling penting, bolehkan aku menahan air mataku dari gugur di hadapan Rizal nanti?Aaahh….kalau boleh aku tidak mahu menangis depan Rizal.Aku malu…sungguh. Aku malu menangis dihadapan orang.Detik pukul 5 petang terlalu lewat kurasakan berlalu.Namun, demi tugas aku cuba sedaya upayaku mengumpul tumpuanku kembali kepada kerjaku.

****************************************************


Dari jauh aku sudah terlihat kelibat Rizal.Begitu berbeza penampilannya kali ini.Mukanya kelihatan cengkung….benar, wajahnya tidak seceria dulu.Aku memberhentikan keretaku bersebelahan keretanya.Rizal tersenyum dalam kepayahan.Segera dia membuang putung rokok yang baru separuh di hisap kerana memang dia sedia maklum, aku tidak gemar dia merokok dihadapan ku.

"Sudah lama ke you tunggu?"tanyaku seraya bersalam dan mencium tangannya.Satu perbuatan yang biasa aku lakukan sewaktu waktu dulu.

"Hari ni Zal cuti, lepas je kita confirm nak jumpa tadi terus Zal kesini."

"Oh ye ke…Jom kita ke sana." Kataku sambil memandang sekeliling.Aku dan Rizal beriringan ke Tasik Permaisuri.

Tasik yang banyak menyimpan memori indah kami bersama.Disinilah pertemuan pertama kami. Aku dan Rizal sering kesini waktu petang setiap hari Sabtu dan Ahad. Kami beriadah bersama.Kami duduk di bangku yang berhampiran menghadap tasik. Lama kami membisu, memerhatikan pelbagai ragam manusia. disebelah kiri dikawasan lapang, sepasang suami isteri begitu terhibur dengan telatah anak mereka.Kesana kemari anak kecil itu berlari, diikuti si bapa begitu setia mengekori kemana saja arah tuju anak kecil itu.Si ibu tergelak besar melihat gelagat keduanya.

"Betapa bahagianya mereka itu kan Za? Kalau dulu Zal tak buat perangai, tentu kita dah bahagia kan?” tutur Rizal tiba-tiba.

"Janganlah di ungkit kisah lama tu.Sekarang Zal dah pun bahagiakan?tak lama lagi bakal menjadi bapa pula.Cuma saya je yang masih begini."

" Za, benarkah you dah ada pengganti I?bercakap benar la Za…"
" Kenapa soalan itu yang Zal tanya?So…, apa cerita yang nak Zal beritahu tadi tu?" kataku terus memotong cerita tentang ku.Aku toleh kewajahnya.Dalam-dalam dia menarik nafas.

" Zal tak bahagia, Zal amat tertekan.Kami bergaduh kerana perkara kecil. Ana benar-benar tak menghormati Zal." keluhnya dalam kepayahan.

"Ceritakanlah dari awal. Mana tahu lepas nie lega hati zal…" pintaku.

" Pagi tadi Zal nak hantar dia buat medical cek-up.Sebelum Zal keluar, Zal mintak dia bawakan hp Zal sekali kat dalam bilik.terus dia marah-marah.Dia kata Zal cakap kuat-kuat.Tapi rasanya taklah kuat mana pun.Hmmm…Zal tak paham lah perempuan itu.Dalam kereta pun asyik membebel je…Naik bingit dah telinga ni.Sampai kedai makan pun dia masih nak tunjuk muka protes.Dia tak langsung jaga air muka Zal.Lepas minum separuh, terus dia menonong pergi.Zal dah malas nak pujuk.Biar lantaklah dia nak pergi cek-up sorang-sorang." Cerita Rizal panjang lebar.

" Takkan pasal itu je dia nak mengamuk-ngamuk?mungkin itu pembawakan jer kot?Awak banyak-banyak la bersabar. Tak baik awak biarkan dia pergi sorang-sorang." Pujukku sambil memerhati matanya dalam-dalam.

" Kejamkah Zal ni Za? "

" Kejam tu mungkin, tapi Zal perlu banyak bersabar."

" Memang Zal dah banyak bersabar, bukan kerana dia mengandung jer….masa belum mengandung pon perangai dia memang begini.Kalau marah dah tak ingat suami ke, dosa ke…Za tengok nie…sudah calar balar luka kat badan ni dia cakar." Kata Rizal seraya membuka sedikit bajunya dan menampakkan perut yang ada kesan cakar.

" Kenapa sampai begitu sekali tindakannya? Macam orang tiada pedoman hidup aje?" Soal ku kehairanan.

" Entah la Za, nak kata dia tak sembahyang, dia sembahyang, mengaji ada juga Zal nampak dia buat, tapi entahla.Zal memang tak paham perangai dia sejak dulu.Terlalu sensatif.Sejak dia mengandung nie, dah 7 bulan kami makan di luar."

" Cuba Zal tenangkan dia masa dia tengah marah, bukan menjawab segala apa yang dia kata." Nasihatku padanya.

" Ni dah puas Zal pujuklah nie.Luka di perut nie semalam baru je Zal dapat."luahnya seraya menunjukkan lagi kesan luka tersebut.

" You tau za...ada satu kali tu kami gaduh pasal hal kecil juga...Dia marah sampai campak semua pakaian I keluar.You bayang la Za macam mana Zal waktu tu. I bukan nk aibkan isteria I tapi dah tak tertahan rasanya jiwa ini.Hanya you la tempat I mengadu. I dak cerita masalah rumahtangga I pada kawan terasa malu pulak.Zal lebih selesa cerita dengan you.Tak pe kan Za?"Sambung Rizal mohon simpati.

"Tak pe la Zal....I tak kisah, you luahkan apa yang you nak luah, moga lepas ni terasa ringan sikit beban kat bahu you tu."

" Dada I pun dah sakit ni.Mungkin kebelakangan ni Zal kerap merokok."

" Masa you dengan I dulu tak la macam ni.Janganlah you seksa diri you begini Zal.Merokok membahayakan kesihatan." Nasihat ku penuh hemah.

"I tau tu...tapi cuma ini saja yang memberi I sedikit ketenangan."

"Terima kasih Za, maafkan I kerana mahu mengulangi soalan tadi. You dah ada pengganti I ke?"

" Rizal.....I sudah ada pengganti you, tapi tak tahulah samaada jodoh kami berpanjangan atau tidak.Itu I tak pasti." Sengaja aku membohongi Rizal kerana aku tak mahu dia masih mengharap kasihku.

" Sungguh I cemburu dengan lelaki bertuah itu Za.Dia mungkin dapat memiliki mu.Memimpinmu ke gerbang perkahwinan." Ucap Rizal penuh sayu.

"Zal, kalau boleh kita undur masa….."

"Kalau boleh kita undur masa, Zal mahu setia disamping mu Za, Zal mahu jadi suami dan mengasihimu sepanjang hidup ini…" Pantas Rizal menyambung ayat ku itu.Aku jadi tergamam seketika.Hampir-hampir gugur air mata ini. Sebak dan sayu sekali pada pendengaranku.Ahh…Rizal, tak mungkin perkara itu terjadi. Tak mungkin…tak mungkin..

"Sudah la tu Zal, Perkara yang dah berlalu usah di kenang.Iza mahu Rizal jadi seorang lelaki dan suami yang tabah.Dulu Zal tak macam nie.Dulu Zal adalah seorang lelaki yang begitu hebat, begitu cekal, tapi mengapa sekarang Zal nampak lemah?"

"Mungkin inilah balasan yang Zal terima kerana mengecewakan dan mengkhianati Za dulu.Mungkin tulah dari Za.Maafkan Zal sekali lagi Za kerana Zal mungkir pada janji." Ucap Rizal. Ucapan maaf yang acap kali ku dengar.

"Dah bukan jodoh kita, jangan ingat Za mendoakan yang buruk-buruk tentang kalian.Za tak sebegitu kejam Zal."

Suasana semakin kelam, aku segera memandang jam di tangan.Ohh…sudah pukul 7 petang rupanya. Begitu cepat masa berlalu…terasa masih tak puas untuk aku menatap wajah lelaki yang pernah bertahta di hati ku ini.

"Marilah kita pulang, atau Zal mahu kita minum sebentar? Soalku tiba-tiba.

"Zal takde selera nak makan.Dari pagi zal makan roti canai separuh hingga kini.Jom lah, lagi pun tak manis kita berdua-duaan kat sini."

Kami beriringan lagi ketempat parkir kereta.Cuma kelihatan kereta kami berdua saja disitu.Rizal memandang padaku lama.Mungkin buat kali terakhir.

"Andai masih ada ruang itu, sudikah Za terima Zal kembali?Sudikah Za menyulam cinta kita kembali? soal Rizal sambil mengangkat wajahku.

"Za tak tergamak menghancurkan hati wanita lain hanya kerana seorang lelaki Zal.Maafkan Za…." keluhku sedikit tersekat-sekat.

"Kau wanita mulia Za, tak pernah lagi Zal jumpa wanita semulia mu. Jagalah dirimu sebaik mungkin, mudah-mudahan Allah kurniakan seorang suami yang baik seperti Za."

Menitis jua ari mata ini. Telah puas aku kawal kolam air mata ini dari jatuh namun ia tetap gugur jua.Rizal lantas mengesat air mata yang jatuh kepipiku.Aku terkejut lantas ku tepis tangannya.

"Maafkan Za, hari dah lewat.Za nak balik.Rizal banyak-banyakkan bersabar ye.Doa jangan lupa, mudah-mudahan dia sedar akan kesilapannya." Kataku dalam sendu.

"Terima kasih Za, kerana menghabiskan masa kita bersama.Insyaallah, Zal akan jadi lebih kuat lepas ini. Terasa kembali segar bila dapat meluahkan apa yang Zal tanggung selama ini.Terima kasih sayang."

Kemudian aku dan Rizal kembali ke kereta dan menuju ke destinasi masing-masing.Semoga bahagia milikmu abadi Zal….Bisikku dalam hati.



0 comments:

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com