Tuesday, August 5, 2008

:: Andai Masih Ada Ruang Itu - Bab 3 ::

Pagi itu aku bermalas-malasan ke tempat kerja.Maklumlah sudah seminggu aku bercuti dan telah seperti telah ku duga, diatas meja pastinya banyak fail yang menanti untuk ku semak.Arghh…..kerja ini pastinya menuntut untuk aku balik lewat hari ini.





Aku mula menyusun fail-fail yang bersepah di atas meja.Tiba-tiba aku terpandang sekeping nota yang tercatit nama dan nombor telefon si pemanggil. Tertera nama Rizal, Ida dan Rohana.Ah, pastinya rakan ku Marlia yang mencatitnya. Hmm…Rizal dan Ida adalah individu yang aku kenal tapi….siapakah Rohana ini? Seingat aku, aku tiada rakan yang bernama Rohana.Siapakah dia agaknya?Aku berkira-kira mahu mendail nombor tersebut namun ku tangguhkan sebentar kerana masih banyak kerja yang perlu aku bereskan.

“Assalamualaikum Iza, morning”
“ Wa’alaikumsalam Mar…"
“ Lama kau bercuti, tak henti-henti orang mencari kau.Kenapa kau tak on telefon?Tu ha, si Rizal…macam tak percaya je dia bila aku katakana kau bercuti.Ada seorang perempuan tu, tiap-tiap hari telefon, marah-marah bila aku katakana kau tak masuk ofis, hiss…takut aku, garang macam singa,Rohana namanya.Mana kau kenal dia? ”
“ Seminggu aku off telefon, aku tak mahu diganggu dan seingat aku la Mar, aku tiada kawan pun nama Rohana.Siapa pulak dia nie eh? Ah…biarkan lah.Kalau betul dia cari aku, pasti dia akan telefon lagi.”
“ Ikut suka kau lah Iza…mak ayah kau apa khabar?Ada oleh-oleh kau bawa dari kampung?Soal Marlia tersengih-sengih menampakkan barisan gigi yang putih.
“ Ibu dan ayah aku sihat-sihat aje Mar, Ni ha ada manggis dan rambutan dari kampung.Sekarang ni kan ke musim buah-buahan…tapi durian sorry aku tak bawa.Tak tahan la nanti satu kereta bau durian.Nanti kau makanlah ye.”
“ Ah kau tu memang Za, kau kan tahu aku hantu durian, saja la kau buat aku kempunan.”
“ Itu hari aku ajak kau balik sekali kau tak nak…:
“ kau gila ke?tak kan aku nk ikut kau balik sampai seminggu?Kau lainlah banyak cuti.”

Aku ketawa melihat gelagat Marlia.Kesian kawanku itu…kempunan makan durian kampung.Tapi apakan dayaku…aku malas nak bawa balik durian, nanti aku takut akan pening apabila keretaku dipenuhi dengan bau durian.

Seketika sedang aku khusyuk di meja komputer, aku dikejutkan dengan panggilan telefon.

“ Hello, boleh saja bercakap dengan cik Syariza?”
“ Ya, bercakap, siapa disana?”
“ Saya Rohana, isteri Rizal! Boleh saya jumpa awak petang ni di MekD Connought?”

Aku terkedu seketika.Ada apa hal pulak isteri Rizal ni cari aku?Apa pulak masalahnya kali ini?Aduhh…haruskah aku berjumpanya?Aku berteka-teki sendiri.

“ Ada hal apa awak nak jumpa saya?”
“ Awak jangan banyak cakap, saya nak jumpa awak pukul 6 petang ni.!” Klik.
“ Hello…hello…”

Alamak perempuan nie….belum sempat aku nak bertanya dia dah letak telefon pulak.Garang gila dia ni…patut la si Rizal tu selalu merungut peel bini di..aku mengeluh sendirian.Terkejut pun ada, risau pun ada.

Ahh…apa aku nak takut berjumpa dengannya.Aku bukan ada buat salah apa pun.Akhirnya aku membuat keputusan sendiri.


Seperti yang dijanjikan, aku tiba awal petang itu.Tiada tanda-tanda ada orang sedang menantiku, lalu aku pun ke kaunter untuk membeli minuman.Setelah itu aku mencari tempat di satu sudut berdekatan pintu keluar.Aku memerhatikan keadaan sekeliling dan aku terlihat seorang wanita yang sarat mengandung seperti sedang mencari seseorang.Aku kearahnya sambil memperkenalkan diri.

“ Assalamualaikum, saya Syariza…awak ni Rohana ke?”
“ Wa’alaikumsalam. Hah betullah tu.Oh…ni la perempuan yang menggatal dengan laki aku tu ye?”
“ Astaghafirullahalazim…bawa bertenang Ana.Marilah kita duduk dulu.kita bincang elok-elok.” Ku pujuk Ana lalu kami ketempat duduk ku tadi.
Ku lihat wajah Ana masam mencuka.Perasaan ku tika ini sedikit goyah bila berhadapan dengan seseorang yang mempunyai sifat panas baran.Ya benar, aku gentar sebenarnya.

“ Kenapa kau kacau laki aku?Dah takde laki lain agaknya dalam dunia ni”
“ Bila masa pulak saya kacau dia? Dia yang cari saya, Ana”
“ Ah…kau jangan nak tunjuk baik pulak kat sini,dah kau goda laki aku… sampai nak ajak kahwin pulak.Kau ni memang perempuan gatalkan?!”
“ Ya Allah, ya tuhanku…fitnah apa pulak ni?Bila pula saya ajak Rizal kahwin?”
“ Rizal bagi tahu aku minggu lepas yang dia nak kahwin dengan bekas kekasihnya.Tu pun setelah aku curi-curi baca SMS dari handfonnya.Kalau tak…sampai mati pun aku tak tahu yang korang masih berhubungan.Dasar perempuan murah!”
“ Ana, saya bukan seperti yang Ana sangka…Ya, saya mengaku masih berhubungan dengannya, tapi kami hanya sekadar kawan.Dia selalu cari saya bila dia ada masalah.Dulu kerana dia main kayu tiga dengan Analah kami putus.Sekarang kami hanya sebagai kawan saja Ana.Percayalah!”
“ Aku bukan bodoh nak percaya itu semua.Ini amaran terakhir aku…Kau jangan dekati lagi Rizal…Kau faham taK?Sekali lagi kau kacau, aku tahulah apa nak buat dan jangan harap kau dapat kahwin dengan Rizal selagi aku masih hidup!”

Betapa kecilnya aku lihat Rohana ketika ini namun fikiranku masih waras.Aku tidak tergamak melakukan sesuatu lebih-lebih lagi ketika ini dia sedang sarat.
Ya tuhan…malunya aku tika ini. Malu dengan orang sekeliling.Kata-kata Rohana begitu tajam menghiris kalbu.Aku mengeluh sambil menahan air di kelopak mata dari gugur.

“ Jangan kau nak tunjuk muka kesian kau kat sini.Ingat, ini balasan kau yang pertama. Hah rasakan!” Kata Ana lalu mencampakkan cawan yang berisi air ke muka ku.

Ana berlalu dengan perasaan puas.Puas mengenakan ku.Aku terkasima dengan perbuatannya.Air mataku gugur laju tanpa dapat kubendung lagi lalu aku segera pulang dengan keadaan basah.Malunya aku dengan perbuatan Ana.Garang nak mampus perempuan ni.

Oh tuhan, bala apakah yang kau turunkan pada ku ini.Sungguh berat tuduhan yang Ana lemparkan.Sungguh, tiada niatku untuk merampas Rizal daripadanya.
Kenangan aku dimalukan Ana akan ku simpan dalam lipatan kenangan pahitku. Tiada seorangpun kawan atau keluarga yang tahu kisah itu. Biarlah hanya aku dan dia saja yang tahu..

Aku nekad tidak mahu melayani panggilan telefon dan SMS dari Rizal.Sementelah aku sibuk menguruskan majlis perkahwinanku bersama Badrul yang tinggal beberapa bulan saja lagi.



0 comments:

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com