Thursday, July 10, 2008

Paku Di Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah
kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. 'Untuk apakah paku-paku ini ayah?' tanya pemuda tersebut. 'Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan
rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu' jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37
batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu,
setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang
digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal
kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,
walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut
dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke
tembok tersebut dan berkata
''Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau
melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan
parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan
pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau
memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya
masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal'''.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah
kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka
dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

'Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubangdi dinding hati anda.'



0 comments:

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com