Wednesday, August 13, 2008

:: Andai Masih Ada Ruang Itu - Bab 5 ::

Malam itu susah benar aku mahu melelapkan mata.SMS yang aku terima sebentar tadi sedikit sebanyak mengusik ketenteraman jiwaku yang semakin kusut.Jika dulu akulah orang yang paling bahagia tapi sekarang aku hanyalah umpama sebuah taman yang sunyi tiada berpenghuni.Kalau ada pun ianya tidak mampu mengembalikan seceriaan ku seperti dulu.



“ Sayang…kalau kita jadi kahwin…I mahu U mengandungkan anak I seramai 11 orang..Cukup satu team bola sepak.Rizal tersengih-sengih memandangku.”

“ Haa? 11 orang je? Cukup ke tu?” Perliku sambil mencubit pipinya.

“ Adoiii…sakit la yang…kenapa cubit-cubit ni..Kalau U sudi…15 orang lagi bagus.”

“ Alah mengada la U ni…5 orang cukupla Yang…tapi kenapa tiba-tiba U bincang soal anak pulak ?”Soalku kehairanan.

“ I bukan apa…I kan suka pada budak-budak.Jadi bila dah kahwin nanti I teringin ramai anak.” Rizal berkata sambil tangannya menunjukkan isyarat seperti anak tangga.

“Hmm..kalau macam tu U cepat-cepatlah hantar rombongan meminang.Lambat-lambat nanti melepas…”

“ Beri I masa setahun lagi boleh?I nak beli rumah dulu…itu semua untuk kesenangan kita juga kan?”

“ I tak kisah Zal…Hati I cuma ada U seorang aje.Susah senang, biarlah kita bersama.”

“ Itu I tahu…tapi sebagai lelaki, dah jadi tugas I menyediakan segala keperluan untuk keluarga.I tak mahu U dan anak-anak susah dikemudian hari.Sayang…hulurkan tangan U kejap.”

“ Kenapa? “ Serentak aku menghulurkan tangan kanan ku.

“ Ini untuk U..Mari I sarungkan cincin ni.Cantik tak?”

“ Wow..Cantik Zal, pandai U pilih…Tapi kenapa U belikan I cincin ni?

“ Cincin ni sebagai ganti diri I.Sebagai tanda U milik I selamanya.” Ucap Rizal sambil menggenggam erat jari jemariku.

“ Terima kasih Zal, I pun harap smoga kita dapat tunaikan janji kita bersama.”

*******************************************


“ Kenapa U tipu I Zal? Damn U!! Penipu! ”Aku memandang wajah Rizal dengan perasan benci.Aku benci manusia penipu seperti dia.Hancur berkecai hati ini tatkala terlihat akan kemesraan Rizal dengan perempuan lain petang itu.Air mata sudah tidak dapat ku bendung lagi.

“ I mengaku I salah…maafkan I Za…Tapi hati dan perasan I tetap pada U.Percayalah sayang.”

“ Siapa perempuan tu?Huh!Lelaki semuanya sama.Tak cukup seorang.U're cheating me Zal.I hate U!I hate U... !!”

“ Maafkan I Iza…I dengan Ana baru aje kenal..Belum sampai setengah tahun pun.I pun tak tahu bila masanya kami rapat.Mungkin Ana selalu cerita masalah dia dan selalu minta nasihat dari I…Mungkin dari dasar simpati, I terperangkap dengan cinta tiga segi.Tapi kalau U sudi terima I kembali…I janji I takkan ulangi lagi.Berilah I peluang Za…I benar-benar menyesal..”

“ Oh…maknanya selama setengah tahun ni I tertipu?Sampai hati U lukakan hati I kan?U puaskan buat I macam ni?Kasi U peluang?Hah…jangan harap!Segala kepercayaan I pada U dah hancur Zal.U boleh berambus dari hidup I.Lagipun biarlah I saja yang merana kerana kecurangan U…jangan U sakiti lagi hati perempuan lain…Biarlah I yang tanggung semua ni.”

“ Masih belum terlambat Za, I dengan dia masih terlalu baru.Lagipun cinta I pada dia tidak sedalam cinta I pada U. Tolonglah percaya Za. I mengaku, I dah buat kesilapan besar dalam hidup I. Mungkin ini hanya sekelumit dugaan dari tuhan untuk menguji perhubungan kita.Tolong la Za…Tolong maafkan kesilapan I” Keluh Zal penuh kekesalan.

“Jangan U salahkan takdir .Tuhan hanya mahu menduga kesetian U pada I Zal…baru sedikit, U sudah cair dengan perempuan lain.Macam ni ke kesetian yang acap kali U ucap tu? Mana janji-janji U pada I untuk hidup bersama?I tak sangka U lemah macam ni Zal.Sudah…lupakan I dan I boleh maafkan U, tapi untuk menerima U kembali dalam hidup I…I’m so sorry. I tak mampu Zal.!Nah, ambil balik cincin yang U beri ni...Rasanya tak perlu lagi I simpan. ”Kataku sambil menanggalkan cincin itu di jari manisku.

" Jangan Za! U simpanlah cincin tu..Walaupun U benci pada I, janganlah U benci segala pemberian I tu.Cincin tu ikhlas I beli untuk U.Simpanlah ia sebagai kenang-kenangan semasa kita bersama."

" Kalau macam tu kata U...baiklah.I akan simpan cincin ini sebagai kenangan.Terima kasih Zal kerana semua ini.Terima kasih kerana U berjaya menghancurkan hati ini."

Aku akhirnya berlalu meninggalkan Rizal diiringi deraian air mata.Musnah sudah perhubungan ini sebagaimana leburnya hatiku tika itu.

Pertama kali juga dalam hidupku melihat seorang lelaki mengalirkan air mata tatkala aku membuat keputusan memutuskan perhubungan yang telah 7 tahun terjalin.Namun aku tak berdaya menerima pujukan seorang lelaki yang telah mengkhianati kepercayaan ku selama ini.


Semenjak itu hanya air mata saja peneman hidupku.Tiada lagi keceriaan, segala-galanya sudah hancur tidak dapat dicantum lagi.Ketika ini hanya pada tuhan tempat aku mengadu selain seorang ibu tua dan seorang kakak tempat aku meluahkan segala yang terbuku..Mujur ada 2 orang insan ini, kalau tidak…aku sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi padaku waktu itu.

**************************************************

Jam menunjukkan ke angka 3.50 pagi.Arghhh….jauhnya aku mengelamun…Segala kenangan pahit dan manis sewaktu masa dahulu bermain-main di kotak fikiranku bersilih ganti seperti rancangan di kaca TV..Sering di ulang tayang hingga kini masih segar dalam ingatanku.

SMS dari Rizal tadi menyatakan harapan dan doa agar aku menemui pengganti dirinya, serta mengharapkan aku menemui kebahagiaan bersama si dia.Akhirnya aku tertidur bersama harapan baru.Mengharapkan hari esok menjanjikan kebahagian yang kekal abadi.Aku mahu menghapuskan semua duka namun mampukan aku untuk melenyapkan segalanya?Hanya doa yang tidak putus-putus ku pohon agar hari-hari esok menjadi hari paling bermakna dalam hidupku.




2 comments:

farah, s. said...

sedih nye... =(

MrPayid said...

dam u zal..dam u zal... takpe zaza, payid kan ada..huak3

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com