Monday, August 11, 2008

::Andai Masih Ada Ruang Itu - Bab 4::


Aku masuk dan menutup pintu sliding door setelah agak lama aku di balcony. Sambil melihat pelbagai ragam manusia. Ada yang sedang bermain tennis, ada yang sedang bermandi-manda di swimming pool dan ada juga yang sedang menemani anak-anak mereka di taman permainan kanak-kanak.

Di apartment ini cukup lengkap dengan kemudahan asas dan infra struktur khusus untuk penduduk warga Apartment Ria.Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti kedai dobi, pasaraya, taska, taman permainan kanak-kanak,gym, swimming pool dan tennis court ada disediakan.Aku yang hanya menumpang sementara di rumah kak Lia cukup selesa berada di sini.

“ Iza…kenapa kak Lia tengok kau asyik termenung je?Iza ada masalah ke?”

“ Aaa….eh, tak de apalah kak Lia…Iza saja cuci-cuci mata je…kak ni ada-ada je…” kataku sambil berpura-pura ceria di hadapanya.padahal aku masih lagi teringat kisahku disimbah air kelmarin. Alahai kakak ku yang seorang ini cukup perihatin, sama seperti ibu kami.Manakala aku ini jenis yang tak suka menyemakkan kepala dengan perkara yang remeh-temeh.

“ Saja la Kak Lia tanya….risau akak dibuatnya bila lihat Iza asyik termenung je dari tadi.Haa…ni akak nak tanya, Iza dah pergi kursus ke belum?”

“ Ehh…kursus apa pulak ni kak?”Soalku kebingungan.

“ Kursus kahwin laa…kursus apa pulak ditanya…hisss…budak ni!”

“ Belum kak.Ha’ah…terlupa pulak Iza.Sempat lagi ke nak kergi kursus ni?”

“ Sempat…pergi je kat Kompleks Cahaya Suria.Akak dulu pun kursus kat sana.”

“ Hmm…Insyaallah la kak…Tapi kalau tak pergi, tak boleh ke kak?”

“ Isshh…budak ni.Kursus ni wajib pada bakal pengantin.Di sana akan di ajar semula bagaimana menunaikan solat yang lebih sempurna dan bagaimana menjaga kerohanian rumah tangga.Bagaimana manjadi seorang isteri yang solehah.Alah…bukan susah pun, cuma dua hari saja. “ Kata kakak ku panjang lebar.

“ Hmm…susah juga ye nak kahwin.Ingatkan senang” Serentak dengan itu, aku ketawa sambil kakak ku menggeleng kepala.


***************************************************

Keesokan harinya aku mengambil cuti separuh hari semata-mata untuk mendaftarkan diri menghadiri kursus perkahwinan di Kompleks Cahaya Suria.Ketika aku menuju ke tempat letak kereta di perkarangan pejabatku, aku terlihat Rizal berdiri di sebelah keretaku seperti sedang menanti seseorang sambil memijak puntung rokoknya.

“ Zal, apa U buat kat sini?” Soalku sedikit kasar.

“ I tunggu U Za…dah puas I telefon, tapi mengapa U tak jawab?Apa kesalahan yang dah I lakukan?”

“ Apa kesalahan yang telah U lakukan?” Soal ku mengejek.

“ Then…Why U don’t pick-up the fon?”

“ Malas…I dah malas nak layan U!” Sudah ketepi…I ada urusan penting.I’ve to go now.”

“ Boleh I ikut?I tak kerja hari ni.”

“ I nak daftar kursus kahwin Zal.Please leave me alone.

“ What?Buat apa U nak ke sana? U dah nak kahwin ke?”

“ Yes… I’ll be marriage end of this year.Nanti I kasi kad kahwin I ye.Okelah Zal, I dah lambat ni.See u next time.” Aku segera menutup pintu keretaku sambil menghidupkan enjin kereta.

Aku berlalu tanpa menghiraukan Rizal yang sedang berlari mengejarku.Ohh tuhan…kejamkah aku? Arghhhh….lelaki ini selalu membuat aku menjadi serba salah.Hmm…biarkanlah!

Telefon bimbitku berdering minta diangkat…sekilas aku melihat di skrin nama dan nombor si pemangil.Telah ku duga…Rizal pasti menelefonku setelah tindakannya tadi tidak mendapat riaksi positif dariku.Aku hanya membiarkan saja panggilan itu sambil melayani lagu “Ayat-Ayat Cinta “ nyanyian Rossa yang sedang keudara di radio Era.

Lagu ini seolah ditujukan buatku…

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

c/o
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku jaga
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Bergenang airmataku tika menghayati bait-bait lagu ini. Sungguh menusuk kalbu sehinggakan aku tidak sedar yang aku telah sampai ke destinasi yang di tuju.

Sesampai saja aku di Kompleks Cahaya Suria, aku segera menghubungi Badrul untuk memaklumkan padanya yang aku akan mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus tersebut.Badrul juga menyatakan yang dia belum menghadiri mana-mana kursus perkahwinan dan meminta aku mendaftarkan namanya sekali.Hm..bagus juga dia ada.Ucapku dalam hati.

Selesai saja urusan ku hari itu, aku terus pulang ke rumah.Ketika itu jam baru menunjukkan ke angka 3.30 petang.Masih awal tapi aku malas nak berpeleseran kemana-mana.

Sesampai saja aku di rumah, kak Lia sedang menggubah bunga telur.Kakak ku yang seorang ini memang ada bakat seni.Aku hanya memerhatikan saja sambil melayani anak buahku yang comel Muhamad Amirul Safwan.

“ Iza, marilah sini tolong kakak…”

“ Malas la kak.Orang bukan reti pun nak buat.”

“ Ishh budak ni…dia yang nak kahwin, kita pula yang bertungkus-lumus buat itu ini, dia boleh buat tak tahu aje.Macam kita pulak yang nak kahwin.” Rungut kakak ku.

“ Alah kak…tak baik merungut, macam tak ikhlas je nak buat?” Perliku.

“ Bukanlah begitu…kau ni buat endah tak endah jer…Orang kalau nak kahwin berkobar-korab buat itu buat ini…ni tidak.Dia boleh buat dunno jer.”

“ Entah la kak…hati ni macam tak sungguh.Mungkin belum ada keserasian antara kami.Si Rizal ni pulak tak habis-habis dok ganggu orang.Buat orang serba salah je.Nak layan nanti apa kata orang pulak.”

“ Agak ye…dia masih call lagi. Apa tak de rasa segan dan malu ke dia setelah apa yang telah dia lakukan dulu?”

“ Entah la kak.Tapi rasanya dia dah pun terima pembalasan.Bini dia tu kak….garangnya Nau’zubullah.”

“ Kenapa cakap macam tu? Kamu dah pernah jumpa dia ke?”Soal kakak ku tanpa kuduga soalan itu terkeluar dari mulutnya.

“ Err…tak lah.Cuma dapat tahu dari Rizal sendiri.” kataku berselindung. Aku sebolehnya tidak mahu bercerita lanjut takut kakak ku itu akan mengorek lagi cerita tentang Rizal dengan soalan demi soalan.

“ Kak, Iza solat asar dulu lah ye.Dah masuk waktu ni.”

“ Hah…pergilah.”

Aku segera berlalu masuk ke bilik air mengambil wuduk.Aku sangat berharap kakak ku itu tidak memanjangkan cerita kerana aku sedia maklum sifat ingin tahu dia tu.Kalau aku masih disitu, pasti aku akan disoal lagi.



2 comments:

"jujus" said...

ni cite sape ni..cite ko ke?

notty_gurl said...

zu...ni hanyalah sebuah cerpen yg aku tulis sdiri...klu ko nk baca, start ler dari bab 1...baru ko paham jln citernya..thanks..

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com