Monday, August 25, 2008

::Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz::

Mohd Sabri Said | Foto Nasir Sudin
Mon | Aug 25, 08 | 9:18:03 am MYT
TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.




Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. - mr_



Wednesday, August 13, 2008

:: Andai Masih Ada Ruang Itu - Bab 5 ::

Malam itu susah benar aku mahu melelapkan mata.SMS yang aku terima sebentar tadi sedikit sebanyak mengusik ketenteraman jiwaku yang semakin kusut.Jika dulu akulah orang yang paling bahagia tapi sekarang aku hanyalah umpama sebuah taman yang sunyi tiada berpenghuni.Kalau ada pun ianya tidak mampu mengembalikan seceriaan ku seperti dulu.



“ Sayang…kalau kita jadi kahwin…I mahu U mengandungkan anak I seramai 11 orang..Cukup satu team bola sepak.Rizal tersengih-sengih memandangku.”

“ Haa? 11 orang je? Cukup ke tu?” Perliku sambil mencubit pipinya.

“ Adoiii…sakit la yang…kenapa cubit-cubit ni..Kalau U sudi…15 orang lagi bagus.”

“ Alah mengada la U ni…5 orang cukupla Yang…tapi kenapa tiba-tiba U bincang soal anak pulak ?”Soalku kehairanan.

“ I bukan apa…I kan suka pada budak-budak.Jadi bila dah kahwin nanti I teringin ramai anak.” Rizal berkata sambil tangannya menunjukkan isyarat seperti anak tangga.

“Hmm..kalau macam tu U cepat-cepatlah hantar rombongan meminang.Lambat-lambat nanti melepas…”

“ Beri I masa setahun lagi boleh?I nak beli rumah dulu…itu semua untuk kesenangan kita juga kan?”

“ I tak kisah Zal…Hati I cuma ada U seorang aje.Susah senang, biarlah kita bersama.”

“ Itu I tahu…tapi sebagai lelaki, dah jadi tugas I menyediakan segala keperluan untuk keluarga.I tak mahu U dan anak-anak susah dikemudian hari.Sayang…hulurkan tangan U kejap.”

“ Kenapa? “ Serentak aku menghulurkan tangan kanan ku.

“ Ini untuk U..Mari I sarungkan cincin ni.Cantik tak?”

“ Wow..Cantik Zal, pandai U pilih…Tapi kenapa U belikan I cincin ni?

“ Cincin ni sebagai ganti diri I.Sebagai tanda U milik I selamanya.” Ucap Rizal sambil menggenggam erat jari jemariku.

“ Terima kasih Zal, I pun harap smoga kita dapat tunaikan janji kita bersama.”

*******************************************


“ Kenapa U tipu I Zal? Damn U!! Penipu! ”Aku memandang wajah Rizal dengan perasan benci.Aku benci manusia penipu seperti dia.Hancur berkecai hati ini tatkala terlihat akan kemesraan Rizal dengan perempuan lain petang itu.Air mata sudah tidak dapat ku bendung lagi.

“ I mengaku I salah…maafkan I Za…Tapi hati dan perasan I tetap pada U.Percayalah sayang.”

“ Siapa perempuan tu?Huh!Lelaki semuanya sama.Tak cukup seorang.U're cheating me Zal.I hate U!I hate U... !!”

“ Maafkan I Iza…I dengan Ana baru aje kenal..Belum sampai setengah tahun pun.I pun tak tahu bila masanya kami rapat.Mungkin Ana selalu cerita masalah dia dan selalu minta nasihat dari I…Mungkin dari dasar simpati, I terperangkap dengan cinta tiga segi.Tapi kalau U sudi terima I kembali…I janji I takkan ulangi lagi.Berilah I peluang Za…I benar-benar menyesal..”

“ Oh…maknanya selama setengah tahun ni I tertipu?Sampai hati U lukakan hati I kan?U puaskan buat I macam ni?Kasi U peluang?Hah…jangan harap!Segala kepercayaan I pada U dah hancur Zal.U boleh berambus dari hidup I.Lagipun biarlah I saja yang merana kerana kecurangan U…jangan U sakiti lagi hati perempuan lain…Biarlah I yang tanggung semua ni.”

“ Masih belum terlambat Za, I dengan dia masih terlalu baru.Lagipun cinta I pada dia tidak sedalam cinta I pada U. Tolonglah percaya Za. I mengaku, I dah buat kesilapan besar dalam hidup I. Mungkin ini hanya sekelumit dugaan dari tuhan untuk menguji perhubungan kita.Tolong la Za…Tolong maafkan kesilapan I” Keluh Zal penuh kekesalan.

“Jangan U salahkan takdir .Tuhan hanya mahu menduga kesetian U pada I Zal…baru sedikit, U sudah cair dengan perempuan lain.Macam ni ke kesetian yang acap kali U ucap tu? Mana janji-janji U pada I untuk hidup bersama?I tak sangka U lemah macam ni Zal.Sudah…lupakan I dan I boleh maafkan U, tapi untuk menerima U kembali dalam hidup I…I’m so sorry. I tak mampu Zal.!Nah, ambil balik cincin yang U beri ni...Rasanya tak perlu lagi I simpan. ”Kataku sambil menanggalkan cincin itu di jari manisku.

" Jangan Za! U simpanlah cincin tu..Walaupun U benci pada I, janganlah U benci segala pemberian I tu.Cincin tu ikhlas I beli untuk U.Simpanlah ia sebagai kenang-kenangan semasa kita bersama."

" Kalau macam tu kata U...baiklah.I akan simpan cincin ini sebagai kenangan.Terima kasih Zal kerana semua ini.Terima kasih kerana U berjaya menghancurkan hati ini."

Aku akhirnya berlalu meninggalkan Rizal diiringi deraian air mata.Musnah sudah perhubungan ini sebagaimana leburnya hatiku tika itu.

Pertama kali juga dalam hidupku melihat seorang lelaki mengalirkan air mata tatkala aku membuat keputusan memutuskan perhubungan yang telah 7 tahun terjalin.Namun aku tak berdaya menerima pujukan seorang lelaki yang telah mengkhianati kepercayaan ku selama ini.


Semenjak itu hanya air mata saja peneman hidupku.Tiada lagi keceriaan, segala-galanya sudah hancur tidak dapat dicantum lagi.Ketika ini hanya pada tuhan tempat aku mengadu selain seorang ibu tua dan seorang kakak tempat aku meluahkan segala yang terbuku..Mujur ada 2 orang insan ini, kalau tidak…aku sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi padaku waktu itu.

**************************************************

Jam menunjukkan ke angka 3.50 pagi.Arghhh….jauhnya aku mengelamun…Segala kenangan pahit dan manis sewaktu masa dahulu bermain-main di kotak fikiranku bersilih ganti seperti rancangan di kaca TV..Sering di ulang tayang hingga kini masih segar dalam ingatanku.

SMS dari Rizal tadi menyatakan harapan dan doa agar aku menemui pengganti dirinya, serta mengharapkan aku menemui kebahagiaan bersama si dia.Akhirnya aku tertidur bersama harapan baru.Mengharapkan hari esok menjanjikan kebahagian yang kekal abadi.Aku mahu menghapuskan semua duka namun mampukan aku untuk melenyapkan segalanya?Hanya doa yang tidak putus-putus ku pohon agar hari-hari esok menjadi hari paling bermakna dalam hidupku.




Monday, August 11, 2008

::Andai Masih Ada Ruang Itu - Bab 4::


Aku masuk dan menutup pintu sliding door setelah agak lama aku di balcony. Sambil melihat pelbagai ragam manusia. Ada yang sedang bermain tennis, ada yang sedang bermandi-manda di swimming pool dan ada juga yang sedang menemani anak-anak mereka di taman permainan kanak-kanak.

Di apartment ini cukup lengkap dengan kemudahan asas dan infra struktur khusus untuk penduduk warga Apartment Ria.Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti kedai dobi, pasaraya, taska, taman permainan kanak-kanak,gym, swimming pool dan tennis court ada disediakan.Aku yang hanya menumpang sementara di rumah kak Lia cukup selesa berada di sini.

“ Iza…kenapa kak Lia tengok kau asyik termenung je?Iza ada masalah ke?”

“ Aaa….eh, tak de apalah kak Lia…Iza saja cuci-cuci mata je…kak ni ada-ada je…” kataku sambil berpura-pura ceria di hadapanya.padahal aku masih lagi teringat kisahku disimbah air kelmarin. Alahai kakak ku yang seorang ini cukup perihatin, sama seperti ibu kami.Manakala aku ini jenis yang tak suka menyemakkan kepala dengan perkara yang remeh-temeh.

“ Saja la Kak Lia tanya….risau akak dibuatnya bila lihat Iza asyik termenung je dari tadi.Haa…ni akak nak tanya, Iza dah pergi kursus ke belum?”

“ Ehh…kursus apa pulak ni kak?”Soalku kebingungan.

“ Kursus kahwin laa…kursus apa pulak ditanya…hisss…budak ni!”

“ Belum kak.Ha’ah…terlupa pulak Iza.Sempat lagi ke nak kergi kursus ni?”

“ Sempat…pergi je kat Kompleks Cahaya Suria.Akak dulu pun kursus kat sana.”

“ Hmm…Insyaallah la kak…Tapi kalau tak pergi, tak boleh ke kak?”

“ Isshh…budak ni.Kursus ni wajib pada bakal pengantin.Di sana akan di ajar semula bagaimana menunaikan solat yang lebih sempurna dan bagaimana menjaga kerohanian rumah tangga.Bagaimana manjadi seorang isteri yang solehah.Alah…bukan susah pun, cuma dua hari saja. “ Kata kakak ku panjang lebar.

“ Hmm…susah juga ye nak kahwin.Ingatkan senang” Serentak dengan itu, aku ketawa sambil kakak ku menggeleng kepala.


***************************************************

Keesokan harinya aku mengambil cuti separuh hari semata-mata untuk mendaftarkan diri menghadiri kursus perkahwinan di Kompleks Cahaya Suria.Ketika aku menuju ke tempat letak kereta di perkarangan pejabatku, aku terlihat Rizal berdiri di sebelah keretaku seperti sedang menanti seseorang sambil memijak puntung rokoknya.

“ Zal, apa U buat kat sini?” Soalku sedikit kasar.

“ I tunggu U Za…dah puas I telefon, tapi mengapa U tak jawab?Apa kesalahan yang dah I lakukan?”

“ Apa kesalahan yang telah U lakukan?” Soal ku mengejek.

“ Then…Why U don’t pick-up the fon?”

“ Malas…I dah malas nak layan U!” Sudah ketepi…I ada urusan penting.I’ve to go now.”

“ Boleh I ikut?I tak kerja hari ni.”

“ I nak daftar kursus kahwin Zal.Please leave me alone.

“ What?Buat apa U nak ke sana? U dah nak kahwin ke?”

“ Yes… I’ll be marriage end of this year.Nanti I kasi kad kahwin I ye.Okelah Zal, I dah lambat ni.See u next time.” Aku segera menutup pintu keretaku sambil menghidupkan enjin kereta.

Aku berlalu tanpa menghiraukan Rizal yang sedang berlari mengejarku.Ohh tuhan…kejamkah aku? Arghhhh….lelaki ini selalu membuat aku menjadi serba salah.Hmm…biarkanlah!

Telefon bimbitku berdering minta diangkat…sekilas aku melihat di skrin nama dan nombor si pemangil.Telah ku duga…Rizal pasti menelefonku setelah tindakannya tadi tidak mendapat riaksi positif dariku.Aku hanya membiarkan saja panggilan itu sambil melayani lagu “Ayat-Ayat Cinta “ nyanyian Rossa yang sedang keudara di radio Era.

Lagu ini seolah ditujukan buatku…

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

c/o
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku jaga
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Bergenang airmataku tika menghayati bait-bait lagu ini. Sungguh menusuk kalbu sehinggakan aku tidak sedar yang aku telah sampai ke destinasi yang di tuju.

Sesampai saja aku di Kompleks Cahaya Suria, aku segera menghubungi Badrul untuk memaklumkan padanya yang aku akan mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus tersebut.Badrul juga menyatakan yang dia belum menghadiri mana-mana kursus perkahwinan dan meminta aku mendaftarkan namanya sekali.Hm..bagus juga dia ada.Ucapku dalam hati.

Selesai saja urusan ku hari itu, aku terus pulang ke rumah.Ketika itu jam baru menunjukkan ke angka 3.30 petang.Masih awal tapi aku malas nak berpeleseran kemana-mana.

Sesampai saja aku di rumah, kak Lia sedang menggubah bunga telur.Kakak ku yang seorang ini memang ada bakat seni.Aku hanya memerhatikan saja sambil melayani anak buahku yang comel Muhamad Amirul Safwan.

“ Iza, marilah sini tolong kakak…”

“ Malas la kak.Orang bukan reti pun nak buat.”

“ Ishh budak ni…dia yang nak kahwin, kita pula yang bertungkus-lumus buat itu ini, dia boleh buat tak tahu aje.Macam kita pulak yang nak kahwin.” Rungut kakak ku.

“ Alah kak…tak baik merungut, macam tak ikhlas je nak buat?” Perliku.

“ Bukanlah begitu…kau ni buat endah tak endah jer…Orang kalau nak kahwin berkobar-korab buat itu buat ini…ni tidak.Dia boleh buat dunno jer.”

“ Entah la kak…hati ni macam tak sungguh.Mungkin belum ada keserasian antara kami.Si Rizal ni pulak tak habis-habis dok ganggu orang.Buat orang serba salah je.Nak layan nanti apa kata orang pulak.”

“ Agak ye…dia masih call lagi. Apa tak de rasa segan dan malu ke dia setelah apa yang telah dia lakukan dulu?”

“ Entah la kak.Tapi rasanya dia dah pun terima pembalasan.Bini dia tu kak….garangnya Nau’zubullah.”

“ Kenapa cakap macam tu? Kamu dah pernah jumpa dia ke?”Soal kakak ku tanpa kuduga soalan itu terkeluar dari mulutnya.

“ Err…tak lah.Cuma dapat tahu dari Rizal sendiri.” kataku berselindung. Aku sebolehnya tidak mahu bercerita lanjut takut kakak ku itu akan mengorek lagi cerita tentang Rizal dengan soalan demi soalan.

“ Kak, Iza solat asar dulu lah ye.Dah masuk waktu ni.”

“ Hah…pergilah.”

Aku segera berlalu masuk ke bilik air mengambil wuduk.Aku sangat berharap kakak ku itu tidak memanjangkan cerita kerana aku sedia maklum sifat ingin tahu dia tu.Kalau aku masih disitu, pasti aku akan disoal lagi.



Wednesday, August 6, 2008

::Berfikirlah Sejenak::

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...

Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda.

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kanemail yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?


Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

And send it back to the person who sent it, to let them know that indeed it was sent out to many more.



Tuesday, August 5, 2008

:: Ibu...Aku Menantimu Di Sana ::


Bulan ini,sudah hmpir 9 bulan aku dikandung ibu dan dibwa ke sana ke mari.rasa yer, sudh tdk sbr lg untuk aku keluar melihat dunia. aku sering mendengar cerita ibu tentang keindahan dunia. betapa cantik nyer alam ciptaan Tuhan ini. dan yg paling aku nantikan ialah menatap wajah ibuku. ahh!!!sebulan ini bagaikan setahun rasanya bagiku..

IBU yg mgandungkan aku dgn ssh pyh selama 9bln. apabila ibu mdkpku, terasa aman jiwa ini. aku bhenti menagis.aku bgtu selesa drp ngs. aku bgitu selesa berada di dlm dkapan ibu.

Aku memerhati sekeliling. ayah..di mn ayah?????aku ingin menatap wjh ayah. tp ayah tiada..ibu sebalikya mberikan aku kpd wanita lain. aku xtau sape wanita itu..aku mngs kmbali. lantas wanita itu myuapkan aku ngan sbotol susu n aku hisap semahu2 yer..xlm kemudian,aku mliht ibu bsiap2..ibu. ..ibu mahu ke mn?????ibu xmjwb ptnyaanku sebalik yer blalu kuar dr blk itu bsama wanita yg sdg mdukungku..

aku mjd pelik,knp ibu xmahu mgendong aku??bknkah kau ni ank yer???sblm aku mnunggu untuk mntp wjhmu ibu..knp tiba2 ibu bsikp dingin thdpku????kemudian, ibu dan wanita itu menaiki sebuah kete.ibu memelukku erat, mata nya tepat memndg ke wjhku..mataku n mata ibu btentangan.. terasa bgtu bhgia apabila dpt mntp wjhmu ibu..

aku mliht sekeliling.GELAP! !ada bln di ats sna n di sekeliling yer bkelip-kelipan jutaan butir bintng.alangkah indh yer dunia ini.mungkin inilah yg ibu ktakan sbgai mlm.sdg aku mgelamun, tiba2 kete yg kau naiki bsama ibu bhenti di sebuah tmn pmainan knk2.wanita itu kemudian yer mgambil aku dr pangkuan ibu.aku kmbali mngs..ntah mgpa aku bnr2 xselesa ngan wanita itu.aku memndg wjh ibu ngan tgsan n teriakknku!namun, ibu hnya mlihat aku ngan pndngan sayu..kemudian, dia bpaling ke arh lain..wanita itu mbawa aku pergi,lanyts aku diltkkan di ats tnh rumput,bsebelahan ngan tong smpah yg hapak bau yer.

aku mngs n mjerit!!!knp kau dltkkan di sni??aku mahu kmbali ke pgkuan ibuku!!mn ibuku??????ibu,,aku tkt!!aku mjrt sepuas2 ati,nmun tgsn aku itu sia2.ibu n wanita itu tlh mninggalkan aku seorg diri..

ibu!!knp ibu tglkan aku di sni??di sni bkanlah tpt seorang bayi spt ku!!bknkah aku ptt dibelai n dimndikan??lalu diberikan pakaian tuk mnutup tbuhku ini??

semut2 merh yg bisa bkeliaran itu mula merayapi tbuhku.seekor drp yer mggt tbuhku yg msh dipnuhi drh!!aduh!!ibu. .skt ibu!SAKIT!!aku trus meraung apabila semut2 itu mggt tali pusatku..kemudian, ia ggt pula bibirku.aduh, aku x tertahan lg!!aku cb mnepis semut2 merh yg mula myerang telinga,kaki, tgn n seluruh tbuhku..tp aku x bdaya!tgnku ni tlalu kcl n lmh aduhh..ibu!! !!!!aku mngs ksakitan,tp ibu x jg dtg mbwku pergi wk2 blalu, akhir yer aku mjd lesu sndiri.aku x punya sura lg tuk mngs n aku xbdaya lg tuk menepis semut yg semakin gns mggt tbuhku ini..aku jg xbminat lg tuk mliht kglpn mlm n bln yg terapung d langit!!ibu..aku sygkanmu!!aku xsbr2 tuk lahir ke dunia, semata2 tuk mntp wjhmu!!tp..ini yg kau lakukan pdku!!

langit beransur cerh,mtahari muncul n chya yer kian terik.aku xlgi mmpu tuk mhembuskan nfs lg!tekakku luka krana smlmn aku mngs memgl ibu..kini,aku bnr2 lmh!sisa nfsku hnya tgl di tenggorokku. telnigaku tiba2 tdgr suara2 manusia di sekelilingku. kemudian aku diangkat n dipeluk olh seseorg lalu mbw aku pergi dr situ.nmun, aku sdh x lg bsemngat tuk hidup.aku xlg mjerit n mngs.aku sdh xmau lg mlihat dunia ni!aku jg xmau lg mntp wjh ibuku!!

ibu,biarlah aku pergi, jika itu yg kau inginkan..hnya 1 yg ingin ku tnyakan pdmu ibu..xkah kau tkt kpd Tuhan yg mjdkan dirimu n diriku??xkah kau tahu,bhw ank adlh 1 kurniaan yg plg bsr dr Tuhan buat hamba Nya??aku bdoa, semoga Tuhan mgampuni segala dosa2mu ibu!!

aku tau, sebntar lg aku akn kmbali ke pangkuan Tuhan. aku akn btemu ngan 2 lg abgku yg pnh dibuang sebegini olh ibu.nnt, aku akn mdgr pula ksh2 sedih abg2ku yg senasib ngan diriku ini.

TERIMA KSIH IBU, KERNA MELAHIRKAN AKU!!TERIMA KSIH JUGA KERNA MBUANGKU!!TGGUUU. ..AKU AKN MNUNGGU IBU 'DI SANA' NNT"

Note : Sumber dari Mr. Payid



:: Andai Masih Ada Ruang Itu - Bab 3 ::

Pagi itu aku bermalas-malasan ke tempat kerja.Maklumlah sudah seminggu aku bercuti dan telah seperti telah ku duga, diatas meja pastinya banyak fail yang menanti untuk ku semak.Arghh…..kerja ini pastinya menuntut untuk aku balik lewat hari ini.





Aku mula menyusun fail-fail yang bersepah di atas meja.Tiba-tiba aku terpandang sekeping nota yang tercatit nama dan nombor telefon si pemanggil. Tertera nama Rizal, Ida dan Rohana.Ah, pastinya rakan ku Marlia yang mencatitnya. Hmm…Rizal dan Ida adalah individu yang aku kenal tapi….siapakah Rohana ini? Seingat aku, aku tiada rakan yang bernama Rohana.Siapakah dia agaknya?Aku berkira-kira mahu mendail nombor tersebut namun ku tangguhkan sebentar kerana masih banyak kerja yang perlu aku bereskan.

“Assalamualaikum Iza, morning”
“ Wa’alaikumsalam Mar…"
“ Lama kau bercuti, tak henti-henti orang mencari kau.Kenapa kau tak on telefon?Tu ha, si Rizal…macam tak percaya je dia bila aku katakana kau bercuti.Ada seorang perempuan tu, tiap-tiap hari telefon, marah-marah bila aku katakana kau tak masuk ofis, hiss…takut aku, garang macam singa,Rohana namanya.Mana kau kenal dia? ”
“ Seminggu aku off telefon, aku tak mahu diganggu dan seingat aku la Mar, aku tiada kawan pun nama Rohana.Siapa pulak dia nie eh? Ah…biarkan lah.Kalau betul dia cari aku, pasti dia akan telefon lagi.”
“ Ikut suka kau lah Iza…mak ayah kau apa khabar?Ada oleh-oleh kau bawa dari kampung?Soal Marlia tersengih-sengih menampakkan barisan gigi yang putih.
“ Ibu dan ayah aku sihat-sihat aje Mar, Ni ha ada manggis dan rambutan dari kampung.Sekarang ni kan ke musim buah-buahan…tapi durian sorry aku tak bawa.Tak tahan la nanti satu kereta bau durian.Nanti kau makanlah ye.”
“ Ah kau tu memang Za, kau kan tahu aku hantu durian, saja la kau buat aku kempunan.”
“ Itu hari aku ajak kau balik sekali kau tak nak…:
“ kau gila ke?tak kan aku nk ikut kau balik sampai seminggu?Kau lainlah banyak cuti.”

Aku ketawa melihat gelagat Marlia.Kesian kawanku itu…kempunan makan durian kampung.Tapi apakan dayaku…aku malas nak bawa balik durian, nanti aku takut akan pening apabila keretaku dipenuhi dengan bau durian.

Seketika sedang aku khusyuk di meja komputer, aku dikejutkan dengan panggilan telefon.

“ Hello, boleh saja bercakap dengan cik Syariza?”
“ Ya, bercakap, siapa disana?”
“ Saya Rohana, isteri Rizal! Boleh saya jumpa awak petang ni di MekD Connought?”

Aku terkedu seketika.Ada apa hal pulak isteri Rizal ni cari aku?Apa pulak masalahnya kali ini?Aduhh…haruskah aku berjumpanya?Aku berteka-teki sendiri.

“ Ada hal apa awak nak jumpa saya?”
“ Awak jangan banyak cakap, saya nak jumpa awak pukul 6 petang ni.!” Klik.
“ Hello…hello…”

Alamak perempuan nie….belum sempat aku nak bertanya dia dah letak telefon pulak.Garang gila dia ni…patut la si Rizal tu selalu merungut peel bini di..aku mengeluh sendirian.Terkejut pun ada, risau pun ada.

Ahh…apa aku nak takut berjumpa dengannya.Aku bukan ada buat salah apa pun.Akhirnya aku membuat keputusan sendiri.


Seperti yang dijanjikan, aku tiba awal petang itu.Tiada tanda-tanda ada orang sedang menantiku, lalu aku pun ke kaunter untuk membeli minuman.Setelah itu aku mencari tempat di satu sudut berdekatan pintu keluar.Aku memerhatikan keadaan sekeliling dan aku terlihat seorang wanita yang sarat mengandung seperti sedang mencari seseorang.Aku kearahnya sambil memperkenalkan diri.

“ Assalamualaikum, saya Syariza…awak ni Rohana ke?”
“ Wa’alaikumsalam. Hah betullah tu.Oh…ni la perempuan yang menggatal dengan laki aku tu ye?”
“ Astaghafirullahalazim…bawa bertenang Ana.Marilah kita duduk dulu.kita bincang elok-elok.” Ku pujuk Ana lalu kami ketempat duduk ku tadi.
Ku lihat wajah Ana masam mencuka.Perasaan ku tika ini sedikit goyah bila berhadapan dengan seseorang yang mempunyai sifat panas baran.Ya benar, aku gentar sebenarnya.

“ Kenapa kau kacau laki aku?Dah takde laki lain agaknya dalam dunia ni”
“ Bila masa pulak saya kacau dia? Dia yang cari saya, Ana”
“ Ah…kau jangan nak tunjuk baik pulak kat sini,dah kau goda laki aku… sampai nak ajak kahwin pulak.Kau ni memang perempuan gatalkan?!”
“ Ya Allah, ya tuhanku…fitnah apa pulak ni?Bila pula saya ajak Rizal kahwin?”
“ Rizal bagi tahu aku minggu lepas yang dia nak kahwin dengan bekas kekasihnya.Tu pun setelah aku curi-curi baca SMS dari handfonnya.Kalau tak…sampai mati pun aku tak tahu yang korang masih berhubungan.Dasar perempuan murah!”
“ Ana, saya bukan seperti yang Ana sangka…Ya, saya mengaku masih berhubungan dengannya, tapi kami hanya sekadar kawan.Dia selalu cari saya bila dia ada masalah.Dulu kerana dia main kayu tiga dengan Analah kami putus.Sekarang kami hanya sebagai kawan saja Ana.Percayalah!”
“ Aku bukan bodoh nak percaya itu semua.Ini amaran terakhir aku…Kau jangan dekati lagi Rizal…Kau faham taK?Sekali lagi kau kacau, aku tahulah apa nak buat dan jangan harap kau dapat kahwin dengan Rizal selagi aku masih hidup!”

Betapa kecilnya aku lihat Rohana ketika ini namun fikiranku masih waras.Aku tidak tergamak melakukan sesuatu lebih-lebih lagi ketika ini dia sedang sarat.
Ya tuhan…malunya aku tika ini. Malu dengan orang sekeliling.Kata-kata Rohana begitu tajam menghiris kalbu.Aku mengeluh sambil menahan air di kelopak mata dari gugur.

“ Jangan kau nak tunjuk muka kesian kau kat sini.Ingat, ini balasan kau yang pertama. Hah rasakan!” Kata Ana lalu mencampakkan cawan yang berisi air ke muka ku.

Ana berlalu dengan perasaan puas.Puas mengenakan ku.Aku terkasima dengan perbuatannya.Air mataku gugur laju tanpa dapat kubendung lagi lalu aku segera pulang dengan keadaan basah.Malunya aku dengan perbuatan Ana.Garang nak mampus perempuan ni.

Oh tuhan, bala apakah yang kau turunkan pada ku ini.Sungguh berat tuduhan yang Ana lemparkan.Sungguh, tiada niatku untuk merampas Rizal daripadanya.
Kenangan aku dimalukan Ana akan ku simpan dalam lipatan kenangan pahitku. Tiada seorangpun kawan atau keluarga yang tahu kisah itu. Biarlah hanya aku dan dia saja yang tahu..

Aku nekad tidak mahu melayani panggilan telefon dan SMS dari Rizal.Sementelah aku sibuk menguruskan majlis perkahwinanku bersama Badrul yang tinggal beberapa bulan saja lagi.



 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com