Thursday, September 11, 2008

.::Andai Masih Ada Ruang Itu - 6::.

Iza….Iza…bangun la…dah lewat ni!

“Alamakk!!...macam mana boleh terbabas ni?”

Aku segera bangun. Terkocoh-kocoh aku bersiap untuk ke tempat kerja.Segalanya menjadi kalam kabut. Jam di dinding menunjukkan pukul 8 pagi.Alahaiii…lewat pulak la aku pagi ni.hiss…ni semua gara-gara aku tidur lewat malam tadi.

“ Hah…tak minum dulu?” Soal kak Lia bila melihat aku terus ke pintu sambil mencari kasut.

Dah lambat kak.Orang minum kat ofis je nanti.Kenapa kak Lia tak kejutkan orang pagi tadi?”

“ Aikk…biasanya boleh je bangun sendiri?”

“ Okeylah kak…Iza pergi dululah ye…Assalamualaikum…”

“ Wa’alaikumsalam.. Baik-baik jalan…”

Aku terkocoh-kocoh ke tempat lif.Semakin geram pula apabila lif yang dinantikan lambat turun dari tingkat atas.Bila lif terbuka aku terus masuk dan menanti hinggalah tiba ke ground floor.Terus aje aku meluru ke keretaku dan tanpa ku duga..Dummmm!!

“ Adoii…sakitnya…Kenapa awak langgar saya?

“ Erkk…maafkan saya cik adik…saya tak sengaja.Maafkan saya”

“ Apalah awak ni.Lain kali jalan tu pandang la depan!Saya dah lambat ni..” Aku memungut semua barang-barang termasuk handfon aku yang tercampak hampir masuk ke dalam longkang.Selepas semua barang-barang ku pungut, aku segera ke parking kereta.

Cikk…!

Aku terus saja memecut kereta tanpa pedulikan panggilan pemuda itu tadi.Mujur waktu itu tiada kesesakan jalan raya.Sampai saja aku di tempat kerja jam sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi.Nasibku baik pagi ni kerana bos ku belum sampai.Kalau tidak sudah pasti aku akan di soal.

“ Lambat datang hari ni Za?” Soal Marlia bila saja ternampak kelibat aku.

“ Ha’ah…Sorry…aku terbangun lewat pagi ni.Huh…mengah aku dibuatnya!”

“ Nasib kau baik Za…Bos kita tu belum masuk…Kalau tak pasti dijelingnya kau nanti..” Kata Marlia sambil ketawa.

Aku hanya tersenyum saja melihatkan Marlia ligat gelakkan aku pagi-pagi lagi.Aku segera memulakan tugasku pagi itu.Semuanya berjalan lancar.tugas ku selesaikan satu persatu.namun hari ini aku sedikit pelik bila telah 3 kali aku menerima panggilan telefon dari orang yang tidak ku kenali mencari Raymee.Namun aku tidak ambil peduli, mungkin mereka tersalah nombor.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 tengahari.Perutku sudah berkeroncong minta di isi.Rupa-rupanya aku tidak bersarapan pagi tadi.Begitulah aku kalau sudah mengadap kerja.Terlupa pula mengalas perut.Tiba-tiba handfonku berdering lagi.




“ Assalamualaikum…boleh saya tahu siapa disana?”

“ Waalaikumsalam…awak ni siapa?”

“ Saya Raymee….saya yang terlanggar awak depan lif tadi.Awak ingat tak?”

“ Haa…ingat…tapi macam mana awak tahu nombor telefon saya?”

“ Hahahahaha…sebenarnya awak dah tersalah ambil.Handfon yang kat awak tu adalah telefon saya.Kebetulan jenis handfon kita sama.

“ Panggil saya Iza…Awak biar betul Raymee…patutlah dua tiga call tadi cari awak….mula-mula saya ingatkan salah nombor.Maafkan saya sebab bersikap kasar tadi.Saya kesuntukan masa…tu yang kalut sangat.”

“ Hmmm…tak pe la.So, bila kita boleh jumpa?Bila awak nak pulangkan N95 saya tu?Perli Raymee penuh makna.

“ Okey…okey.Apa kata pukul 1 nanti.Awak senang ke?Kita lunch sama.”

“ Okey, boleh tak saya jemput awak kat ofis?awak kerja kat Menara Samudra kan?Kat Bangsar…Betul tak?”

“ Alamakk….mana awak tahu semua ni?” Aku hampir menjerit apabila semua tentang diriku disebut satu persatu.

“ Hahahaha…..Awak dah lupa ye…gambar awak kat screen handfon ni awak ambil depan ofis awak, saya cuma teka ajelah…”

“ Ohh ye la…lupa pulak handfon saya ada kat awak.Okeylah…kita jumpa kejap lagi ye.Bye Raymee..”

“Okey…saya pun dah on the way ke sana.See you there.” Klik!!

Bila di ingat-ingat kembali tragedi pagi tadi…malu betul aku.Punyalah kalam kabut hingga tersalah ambil telefon.Kebetulan handfon aku juga jenis N95.Cuma bezanya ada gambar aku di screen.Gambar aku sedang tersenyum di hadapan pejabat manakala di handfon screen Raymee ada gambar keretanya, mungkin.

Setelah bersolek ala kadar, aku segera ke tingkat bawah.Sesampai sahaja aku di pintu masuk utama, sudah kelihatan Raymee menunggu disisi keretanya.Hmm…kemas sahaja penampilannya.Berkemeja biru dan berseluar slack hitam.Begitu segak dan mampu mencairkan hati wanita yang memandang.

“ Hai…saya Nurfariza.Dah lama awak sampai?”kataku sambil perkenalkan diri.

“ Hai…Panggil saya Raymee…saja baru aje sampai.Silakan” jawab Raymee sambil membuka pintu kereta.

Seketika suasana menjadi sepi hanya ditemani lagu-lagu yang berkumandang di corong radio.Raymee kelihatan malu-malu bila aku mencuri pandang ke wajahnya.Sangkaan ku meleset.Rupa-rupanya pemuda ini cukup pemalu berbanding ketika di talian telefon tadi.

“ Kita nak makan kat mana ni? “

“ Saya nak bawa awak makan ayam kampung kat Bandar Tun Razak.”

“ Apasal jauh sangat?tak ke menyusahkan awak saja?”

“ Tak ada lah…lagi pun jalan tak jem.Saya rasa sempat kalau kita makan
kat sana.”

“ Ikut suka awak la Raymee.Janji saya kena masuk balik ofis sebelum pukul 2 petang.” Aku sengaja meletakkan syarat.

“ Orite mem, I will try.”

Serentak itu kereta dipandu laju.Aku menoleh kearahnya sambil dia tersenyum penuh makna.Aku semakin kecut perut dibuatnya.Hishh…budak ni..!!

Sesampai saja disana kami terus membuat pesanan.Mujur juga makanan yang dipesan cepat sampai.kami makan tanpa sepatah bicara, hanya tautan mata kami sering kali bersatu.Aku tersipu malu bila Raymee asyik memandang kearahku.Arghh…lelaki ini, kenapalah suka sangat tenung mataku.Aku menjadi rimas lalu ku segera menghabiskan saki baki makananku.

“ Kenapa awak pandang saya macam tu Raymee?” Soalku kehairanan

“ Saja…saya sukakan lesung pipit awak tu.”jawabnya sambil ketawa kecil.

“ Hiss…ada-ada je awak ni Raymee…Haa…mana handfon saya?” aku segera menukar topik perbualan.

“ Nah…tu la, lain kali bila orang panggil tu toleh la kejap.Ni tidak…menonong je dia jalan.” Raymee ligat memgenakanku.

“ Nak buat macam mana…saya dah terlewat ke tempat kerja.Nasib baik bos belum masuk.Kalau tak puas la saya nak bersoal jawab.Hmm…jom lah kita balik.Nanti saya terlambat pulak.”

“ Alahai…saya belum puas nak tatap wajah, dia dah nak balik pulak.”

“ Awak janganlah cakap macam tu Raymee…jangan asyik tenung saya boleh tak?Awak buat saya serba tak kena tau.”Segera ku terangkan keadaan sebenar.

“ Apa yang nak disegankan?Hurmm..okey…okey…saya tak akan tenung awak lagi.Puas hati?”

Serentak aku ketawa melihat memek muka yang ditunjukkan Raymee.Seperti keanak-anakan lagaknya.Aku terhibur dan ianya berjaya menghidupkan suasana ceria.

Setelah membayar harga makanan kami beriringan ke tempat letak kereta.Semasa melintas jalan, tanpa ku sedar tangan kami bertautan.Aku tersentak, namun ku biarkan saja.Segalanya berlaku begitu pantas.Mungkin caranya yang bersahaja membuatkan aku seolah-olah sudah lama mengenalinya.

Setelah tiba diperkarangan pejabatku, kami bertukar-tukar nombor telefon. Namun tanpa ku sedar Raymee telah mencuri gambarku sedang makan tadi.Itupun setelah dia yang tunjuk sendiri gambar tersebut.Aku minta dia memadamkannya namun Raymee berkeras mahu menyimpan gambar tersebut.

“ Okeylah Raymee…Thanks for your lunch.”

“ No problem..next time kita dinner pulak ye.” Jawab Raymee sambil memegang kedua-dua tanganku.

“ Insyaallah…” Aku tertunduk malu.Aku segera berlalu meninggalkan Raymee bersama kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan.



4 comments:

MrPayid said...

raymee??? hak3....

Khairi Mohd said...

segaknya raymee hehe

notty_gurl said...

ala me tau korang jeles kan....huak3...apa pon itu cuma ilustrasi penulis.sekian dimaklumkan....hehe:)

Anonymous said...

tapi cepat sangat die terpaut dgn raymee d hari pertama berjumpa.... hmm... idea yg bagus. tapi watak utama nampak agak senang terpikat dgn lelaki... oooppppsss!!!! sorry....

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com