Thursday, September 25, 2008

..::Sepuluh Hari Menjelang Raya::..



Hari ke Sepuluh…

Hari ini aku pening lagi…pening sangat….
Mak & Abah bawa aku ke hospital….
Doktor beri keputusan yg mengejutkan….
Sel kanser menyerang aku lagi….kali ini lebih teruk….
Doktor kata sel kanser aku amat aktif
Dulu hanya kat tulang peha…sekarang dah menjalar ke kepala
Patut ada 2 benjol kat belakang ni…bila picit, sakit..
Mak & Abah aku menangis depan doctor bila doctor kata….
“ Maaf…Anak awak hanya dapat hidup sebulan aje lagi…”
Aku tak menangis…terkejut pun tidak….
Cuma aku sedih….nyawaku xpanjang…
Aku sedih…xdpt nak balas jasa mak abah…
Masa balik, aku hanya dibekalkan ubat…
Doktor suruh buat kimoterapi…
Aku kata…:xperlu lah doctor…”

Hari ke Sembilan….

Aku nk puasa…tpi asik je muntah…
Badan aku makin lemah…kepala ni berdenyut lagi…
Mak & abah cukup risau….
Mak…Abah…maafkan mira…
Mira buat mak risau….
Mira dah banyak pki duit abah utk buat kimo & operation dulu
Mira dah banyak susahkan kalian…maafkan Mira mak…maafkan Mira Abah...
Mira bahagia jadi anak mak & abah…
Tapi Mira xsempat nak balas jasa kalian…
Maafkan Mira ye…
Bila mak baca surat ni….
Mungkin masa tu Mira dah tak de…
Mira dah menemui yg maha pencipta…
Mak jangan la bersedih….
Bila mak & abah teringat kan Mira….
Sedekahkan lah surah Yaasin & al-fatihah buat Mira…
Cuma satu harapan Mira….
Smoga Mira dapat sambut 1 Syawal bersama Mak & abah…
Moga Allah makbulkan permintaan Mira yg terakhir ni…



Hari ke Lapan

Keadaan aku hari ni agak baik….
Kepala aku tak pening dah…badan pon tak sakit2…
Hari ni aku dapat pula berpuasa…syukur Alhamdulillah…
Mak & Abah nampak gembira hari ini…
Aku tersenyum tatkala abah usap ubun2 ku…
Aku tahu…hati abah sebak melihat ku…
Aku tahu hati Mak tersayat melihat penderitaan ku…
Tak pe lah Mak…Allah nak uji kesabaran Mira…
Allah pilih Mira…kenapa Allah pilih Mira ye mak?
Hari ini seboleh2 Mira nak bahagiakan Mak & Abah…
Sebab Mira tahu….hidup Mira dah tak lama…
Mira tulis ni pon sebab nak mak anggap Mira sentiasa berada di sisi Mak & abah…

Hari ke Tujuh….


Hari ni kak long balik umah mak…
Kak long pujuk aku supaya buat kimo….
Aku katakan padanya….xperlu la buat…lg pon hayatku dah tak panjang…
Lg pon badan ni akan sakit2 lepas kimo…
Seksanya aku….
Kak long nangis sambil pelukku…cium pipiku..cium dahiku…
Kami sama2 nangis…berpelukkan….
Lepas nangis…aku pening lagi…
Pas tu aku muntah2…batal lg pose aku hari neh…
Lepas makan ubat aku baring…
Tiba-tiba nafasku sesak sikit…
Tapi aku xbg tau mak…aku tahan je…
Xmau dia risau…
Tapi lelama…nafas aku dah ok…mcm biasa…
Lepas Kak Long balik…aku susah nak tido sampai sahur…
Lepas sahur baru mata ni naK lelap…




Hari ke Enam…..

Puasa tggl lagi enam hari…
Ini bermakna enam hari nak Raya…
Lepas solat…aku mohon pada Allah…
Beri aku kesempatan sambut hari lebaran terakhir ini
Bersama keluarga tercinta…
Dan aku berdoa agar Allah lindungi mak & abah…
Hanya itu pintaku…
Dan selepas ini aku reda kalau Allah nk tarik nyawaku…
Aku dah bersedia…
Cuma aku kesiankan mak & abah…
Tentu mereka sedih…
Tpi mak…abah…
Ini ujian dr Allah…mak & abah kena tabah ye…
Insyaallah….Mira tggu mak & abah kat sana…tempat yg kekal abadi…



- BERSAMBUNG-



Thursday, September 11, 2008

.::Andai Masih Ada Ruang Itu - 6::.

Iza….Iza…bangun la…dah lewat ni!

“Alamakk!!...macam mana boleh terbabas ni?”

Aku segera bangun. Terkocoh-kocoh aku bersiap untuk ke tempat kerja.Segalanya menjadi kalam kabut. Jam di dinding menunjukkan pukul 8 pagi.Alahaiii…lewat pulak la aku pagi ni.hiss…ni semua gara-gara aku tidur lewat malam tadi.

“ Hah…tak minum dulu?” Soal kak Lia bila melihat aku terus ke pintu sambil mencari kasut.

Dah lambat kak.Orang minum kat ofis je nanti.Kenapa kak Lia tak kejutkan orang pagi tadi?”

“ Aikk…biasanya boleh je bangun sendiri?”

“ Okeylah kak…Iza pergi dululah ye…Assalamualaikum…”

“ Wa’alaikumsalam.. Baik-baik jalan…”

Aku terkocoh-kocoh ke tempat lif.Semakin geram pula apabila lif yang dinantikan lambat turun dari tingkat atas.Bila lif terbuka aku terus masuk dan menanti hinggalah tiba ke ground floor.Terus aje aku meluru ke keretaku dan tanpa ku duga..Dummmm!!

“ Adoii…sakitnya…Kenapa awak langgar saya?

“ Erkk…maafkan saya cik adik…saya tak sengaja.Maafkan saya”

“ Apalah awak ni.Lain kali jalan tu pandang la depan!Saya dah lambat ni..” Aku memungut semua barang-barang termasuk handfon aku yang tercampak hampir masuk ke dalam longkang.Selepas semua barang-barang ku pungut, aku segera ke parking kereta.

Cikk…!

Aku terus saja memecut kereta tanpa pedulikan panggilan pemuda itu tadi.Mujur waktu itu tiada kesesakan jalan raya.Sampai saja aku di tempat kerja jam sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi.Nasibku baik pagi ni kerana bos ku belum sampai.Kalau tidak sudah pasti aku akan di soal.

“ Lambat datang hari ni Za?” Soal Marlia bila saja ternampak kelibat aku.

“ Ha’ah…Sorry…aku terbangun lewat pagi ni.Huh…mengah aku dibuatnya!”

“ Nasib kau baik Za…Bos kita tu belum masuk…Kalau tak pasti dijelingnya kau nanti..” Kata Marlia sambil ketawa.

Aku hanya tersenyum saja melihatkan Marlia ligat gelakkan aku pagi-pagi lagi.Aku segera memulakan tugasku pagi itu.Semuanya berjalan lancar.tugas ku selesaikan satu persatu.namun hari ini aku sedikit pelik bila telah 3 kali aku menerima panggilan telefon dari orang yang tidak ku kenali mencari Raymee.Namun aku tidak ambil peduli, mungkin mereka tersalah nombor.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 tengahari.Perutku sudah berkeroncong minta di isi.Rupa-rupanya aku tidak bersarapan pagi tadi.Begitulah aku kalau sudah mengadap kerja.Terlupa pula mengalas perut.Tiba-tiba handfonku berdering lagi.




“ Assalamualaikum…boleh saya tahu siapa disana?”

“ Waalaikumsalam…awak ni siapa?”

“ Saya Raymee….saya yang terlanggar awak depan lif tadi.Awak ingat tak?”

“ Haa…ingat…tapi macam mana awak tahu nombor telefon saya?”

“ Hahahahaha…sebenarnya awak dah tersalah ambil.Handfon yang kat awak tu adalah telefon saya.Kebetulan jenis handfon kita sama.

“ Panggil saya Iza…Awak biar betul Raymee…patutlah dua tiga call tadi cari awak….mula-mula saya ingatkan salah nombor.Maafkan saya sebab bersikap kasar tadi.Saya kesuntukan masa…tu yang kalut sangat.”

“ Hmmm…tak pe la.So, bila kita boleh jumpa?Bila awak nak pulangkan N95 saya tu?Perli Raymee penuh makna.

“ Okey…okey.Apa kata pukul 1 nanti.Awak senang ke?Kita lunch sama.”

“ Okey, boleh tak saya jemput awak kat ofis?awak kerja kat Menara Samudra kan?Kat Bangsar…Betul tak?”

“ Alamakk….mana awak tahu semua ni?” Aku hampir menjerit apabila semua tentang diriku disebut satu persatu.

“ Hahahaha…..Awak dah lupa ye…gambar awak kat screen handfon ni awak ambil depan ofis awak, saya cuma teka ajelah…”

“ Ohh ye la…lupa pulak handfon saya ada kat awak.Okeylah…kita jumpa kejap lagi ye.Bye Raymee..”

“Okey…saya pun dah on the way ke sana.See you there.” Klik!!

Bila di ingat-ingat kembali tragedi pagi tadi…malu betul aku.Punyalah kalam kabut hingga tersalah ambil telefon.Kebetulan handfon aku juga jenis N95.Cuma bezanya ada gambar aku di screen.Gambar aku sedang tersenyum di hadapan pejabat manakala di handfon screen Raymee ada gambar keretanya, mungkin.

Setelah bersolek ala kadar, aku segera ke tingkat bawah.Sesampai sahaja aku di pintu masuk utama, sudah kelihatan Raymee menunggu disisi keretanya.Hmm…kemas sahaja penampilannya.Berkemeja biru dan berseluar slack hitam.Begitu segak dan mampu mencairkan hati wanita yang memandang.

“ Hai…saya Nurfariza.Dah lama awak sampai?”kataku sambil perkenalkan diri.

“ Hai…Panggil saya Raymee…saja baru aje sampai.Silakan” jawab Raymee sambil membuka pintu kereta.

Seketika suasana menjadi sepi hanya ditemani lagu-lagu yang berkumandang di corong radio.Raymee kelihatan malu-malu bila aku mencuri pandang ke wajahnya.Sangkaan ku meleset.Rupa-rupanya pemuda ini cukup pemalu berbanding ketika di talian telefon tadi.

“ Kita nak makan kat mana ni? “

“ Saya nak bawa awak makan ayam kampung kat Bandar Tun Razak.”

“ Apasal jauh sangat?tak ke menyusahkan awak saja?”

“ Tak ada lah…lagi pun jalan tak jem.Saya rasa sempat kalau kita makan
kat sana.”

“ Ikut suka awak la Raymee.Janji saya kena masuk balik ofis sebelum pukul 2 petang.” Aku sengaja meletakkan syarat.

“ Orite mem, I will try.”

Serentak itu kereta dipandu laju.Aku menoleh kearahnya sambil dia tersenyum penuh makna.Aku semakin kecut perut dibuatnya.Hishh…budak ni..!!

Sesampai saja disana kami terus membuat pesanan.Mujur juga makanan yang dipesan cepat sampai.kami makan tanpa sepatah bicara, hanya tautan mata kami sering kali bersatu.Aku tersipu malu bila Raymee asyik memandang kearahku.Arghh…lelaki ini, kenapalah suka sangat tenung mataku.Aku menjadi rimas lalu ku segera menghabiskan saki baki makananku.

“ Kenapa awak pandang saya macam tu Raymee?” Soalku kehairanan

“ Saja…saya sukakan lesung pipit awak tu.”jawabnya sambil ketawa kecil.

“ Hiss…ada-ada je awak ni Raymee…Haa…mana handfon saya?” aku segera menukar topik perbualan.

“ Nah…tu la, lain kali bila orang panggil tu toleh la kejap.Ni tidak…menonong je dia jalan.” Raymee ligat memgenakanku.

“ Nak buat macam mana…saya dah terlewat ke tempat kerja.Nasib baik bos belum masuk.Kalau tak puas la saya nak bersoal jawab.Hmm…jom lah kita balik.Nanti saya terlambat pulak.”

“ Alahai…saya belum puas nak tatap wajah, dia dah nak balik pulak.”

“ Awak janganlah cakap macam tu Raymee…jangan asyik tenung saya boleh tak?Awak buat saya serba tak kena tau.”Segera ku terangkan keadaan sebenar.

“ Apa yang nak disegankan?Hurmm..okey…okey…saya tak akan tenung awak lagi.Puas hati?”

Serentak aku ketawa melihat memek muka yang ditunjukkan Raymee.Seperti keanak-anakan lagaknya.Aku terhibur dan ianya berjaya menghidupkan suasana ceria.

Setelah membayar harga makanan kami beriringan ke tempat letak kereta.Semasa melintas jalan, tanpa ku sedar tangan kami bertautan.Aku tersentak, namun ku biarkan saja.Segalanya berlaku begitu pantas.Mungkin caranya yang bersahaja membuatkan aku seolah-olah sudah lama mengenalinya.

Setelah tiba diperkarangan pejabatku, kami bertukar-tukar nombor telefon. Namun tanpa ku sedar Raymee telah mencuri gambarku sedang makan tadi.Itupun setelah dia yang tunjuk sendiri gambar tersebut.Aku minta dia memadamkannya namun Raymee berkeras mahu menyimpan gambar tersebut.

“ Okeylah Raymee…Thanks for your lunch.”

“ No problem..next time kita dinner pulak ye.” Jawab Raymee sambil memegang kedua-dua tanganku.

“ Insyaallah…” Aku tertunduk malu.Aku segera berlalu meninggalkan Raymee bersama kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan.



Tuesday, September 2, 2008

..::Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak::..


Ramadan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang Ramadan difahami dengan baik. Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdoa selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadan.


Bila Ramadan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadan, mereka berdo’a selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, kerana mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadan.
Bagaimana menyambut bulan Ramadan? Berikut kami kemukakan “8 Tips Menyambut Ramadan”:

1. Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)


2. Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.


3. Bergembira dengan datangannya bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).


4. Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadan sangat singkat, oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.


5. Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.


6. Fahami fiqh Ramadan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar amaliyah Ramadan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.


7. Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun- nafs – pembersihan jiwa. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadan.


8. Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”


Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.


Note: Selamat menyambut bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan kemuliaan, semoga Allah SWT membersihkan hati-hati kita semua dari kejahatan.



 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com