Friday, January 30, 2009

..::Sambal Pecal::..



Aiikkk...nape tetiba lak rajin nk memasak ni???ahahaha....bukan apa beb...aku pinjam resepi ni dari akk hana...akk...zaza C & P tau...ada lg satu resepi yg nk zaza pinjam...ekekeke...macam nk jdi org dapur jerk...ala...zaza bkn xpdi masak, tpi malas sikit jer...tpi lau da turun padang tu...mesti terangkat punya...ok la, nk bebel lama pon xleh sbb zaza byk keja ni...

Bahan-bahan

300 gm kacang tanah
10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
6 biji cekur @ kencur
30 gm asam jawa
1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
100 gm cili api
150 gm gula
1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-cara

1.Terlebih dahulu : Goreng kacang tanah sehingga keemasan (betul-betul masak) dah kisar sehingga benar-benar halus. Ketepikan dahulu

2.Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan

3.Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan

4.Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)

5.Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)

6.Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air 3/4 panas. (Air bergantung kepada kepekatan pencicah yang diinginkan. Tp, kalau cair, rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)

7.Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan di tempat sejuk tp kering (peti ais ler). Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.

TIPS: Sambal pecal ini biasanya untuk dicicah dengan sebarang ulam-ulaman seperti timun, pucuk ubi rebus dan kacang panjang. leh letak hirisan daun limau purut dan dau kencur utk membangkitkan aromanya! ghau ghau bau dier!



Wednesday, January 21, 2009

..:: LiMaU Vs AmPAu ::..



Tadaaa....korang tgk tu...skali 2 kotak lamau aku dapat...
mentang2 la nk raya cina ni...limau berkotak2 derang anto kt opis aku neh...
tpi aku budak baek...aku amek 2 kotak jer....kuwang3x....
eer....ampau pon bes2 jer aku dpt thn ni...tpi aku xmo la nk bgtaw kt korang sbb nti kwn aku yg sowang tu yg nama dia mazz pasti akan jeles gila baban....muahahhahahaha....sowi la mazz....aku bkn gelakkan ko...tpi aku teramat suka ati sbb boley berjoli sakan ngan duwit ampau aku neh....hehehe...



korang tgk plak buah limau ni....besar btol ...saiz XXL...makk aaii...mkn sebijik je da terasa kenyang ya amatt....

pape pon aku ttp bersyukur atas pemberian yg diberi....tochee2...Gong Xi Fa Chai...shin yee kuai lerrr...



Friday, January 16, 2009

..::MaTAhaRiKu::..

hyeee...salam semua...disebabkan aku dah lama xmeng update blog ni....aku nk letak la video klip agnes monica ni khas utk tatapan kengkwn yg melepak kat sini...
napa aku memilih lagu ini...tah la...aku sdiri pon xtau nape....wakakakaa....nge~

tiada sbb tpi hanya utk merelakskan minda sbb aku sgt bizi & xder masa nk merelakskan otak aku sdiri....muahahaha....
oleh itu mari kita layans....;-)



Tuesday, January 6, 2009

.::TaG By QiS::..

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Award ini diberi oleh Cik Qis yg comot.dia yg aku kenal dlm syok ni mmg terkenal dgn sikap kanak2 ribenanya....ekekeke...jgn marah aar Qis...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
♥ Seorang yg mementingkan kebersihan
♥ Amat mementingkan masa
♥ Seorang yg tak pandai memujuk/mengipas...
♥ Seorang yg sensetip & mudah nangis gak...huhu~
♥ Membaca & mengarang novel adalah kegemarannya
♥ Sangat suka mkn mee hoon sup & nasik ayam...ngee~
♥ Suka window shopping....tpi xsuka membazir
♥ Mahu memiliki rumah sendiri utk azam tahun 2009
♥ Suka gak memasak semasa di rumah
♥ Sangat kasihkan kanak2,org tua & teman2.

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
antara yg bertuah telah di tag ialah :-

♥ mista payid
♥ za
♥ abg maxx
♥ zana
♥ farah
♥ ixora
♥ zahirah
♥ megat rashid
♥ cik tera
♥ myeza

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag

Done~



Wednesday, December 31, 2008

..::New Year Card From Miss Queen::..



card yg cantek ni from miss queen...thanks a lot sis.yg e-card kat bawah tu plak from cik tera...thanks la yer kasi sy card & e-card yg cumil2...hehe...
to yg my fwens blogger..aku pon nk ucap happy new year kat korang.pd sesiapa yg nk sambut new year kt luar tu...jga diri...hiasi peribadi.enjoy...enjoy gak...tpi jgn la di luar batasan agama...ingat tu!!~



..::E-card from cik Tera::..



..::Slamat Tinggal 2008 & Slamat Dtg 2009::..

Slamat tinggal 2008 and...tomorrow
Slamat dtg 2009....
setiap kenangan pahit & manis dlm thn 2008
hanya ttp akn menjadi lipatan kenanganku...
terlalu byk pahit dari manisnya...namun
hidup mesti diteruskan
sebagai manusia yg diberi akal fikiran
aku harus mengharungi liku2 kehidupan ini
dgn fikiran yg lapang...
namun sebagai manusia...
kadangkala terasa diri ini xmampu menempuhinya...
kerana aku hanyalah seorang wanita...
kadangkala rasa diri ini ditindas...
namun aku harus bangkit dari kegagalan...
dan 2009 bakal menjelang esok...dan,
aku tahu...tahun 2009 ini lebih hebat dugaan yg bakal aku tempuh
dan aku hanya mampu berdoa...
agar tuhan cekalkan hatiku
murahkan rezekiku
tetapkan hatiku pada yg satu....
demi mengejar cita2...
aku perlu membuat pengorbanan
dan aku harap pengorbanan yg aku lakukan sekarang...
akan berbaloi pd masa dpn...
Argghh....jiwaku makin kaco...
dah...dah....xusah difikirkan lg...
benda2 yg menyesakkan fikiran
marilah kita lupakan sejenak kedukaan itu...
agar aku masih mampu mengukir senyuman di bibir...

Slamat tinggal 2008 dan slamat datang 2009

semoga tahun baru bakal memberi nafas baru...
buat aku...juga buat kalian...Aminn~;-)



 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com